Friday, 29 March 2013

Masalah Seksual


Masalah seksual adalah berkait rapat dengan kesihatan seksual. Kesihatan seksual adalah keupayaan lelaki dan wanita melakukan aktiviti seks dengan bertanggungjawab dan selamat.


Memang tidak dapat dinafikan, perhubungan seks yang tidak memuaskan akan mempengaruhi kualiti hidup pasangan.



Kehidupan hari ini yang sangat mencabar dan bergerak terlalu pantas sering menyebabkan ramai lelaki termasuk juga wanita berasa letih dan tidak bermaya. Keadaan ini menyebabkan bukan sahaja mereka seolah-olah kehilangan tenaga tetapi juga hilang selera makan. Malah lebih teruk lagi ia boleh mengganggu selera seksual. 

Apabila seseorang lelaki itu sering berasa letih, hilang selera makan, dorongan seksual yang menurun disertai hilangnya selera seksual, terganggu pula konsentrasinya, kemungkinan besar lelaki tersebut akan mengalami masalah dalam hubungan seksualnya. Ramai lelaki tidak percaya dengan perkara ini kerana mereka yakin bahawa kemampuan seksual mereka tidak terhenti walau pada usia berapa pun. 


Disfungsi Erektil

Masalah seks yang sering dialami oleh kaum lelaki adalah Disfungsi Erektil (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk. Disfungsi Erektil adalah ketidakupayaan untuk mengekalkan atau mengukuhkan ketegangan zakar sewaktu melakukan perhubungan seks. Disfungsi Erektil turut berkait dengan masalah lemah tenaga batin dan masalah pengeluaran air mani.


Lemah Syahwat

Bagi kaum wanita, masalah ketidakupayaan seks yang sering dialami ialah Lemah Syahwat. Lemah syahwat merujuk kepada minat yang berkurangan untuk melakukan hubungan seks.

Sesetengah lelaki berpendapat bahawa pengurangan Fungsi Erektil adalah biasa apabila umur meningkat. Pada halnya, punca-punca lain seperti tahap kesihatan yang lemah, pengambilan ubat-ubatan tertentu, faktor psikologi dan gaya hidup yang tidak sihat turut mengganggu fungsi erektil. Masalah kesihatan yang berkaitan dengan aliran darah yang lemah seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan kolestrol yang tinggi selalunya menjadi punca bagi masalah Disfungsi Erektil dan masalah Lemah Syahwat.

Namun begitu, masalah kesihatan bukan satu-satunya punca bagi masalah ketidakupayaan seks. Seringkali, pengambilan ubat-ubatan tertentu yang menjadi punca sebenarnya. Bagi kaum lelaki, prostatektomi atau pembedahan prostat boleh mencederakan saraf dan arteri pada zakar lalu menjejaskan kualiti ereksi. Manakala bagi kaum wanita, menopaus, iaitu keadaan di mana ovari tidak lagi mengeluarkan hormon estrogen menyebabkan vagina menjadi kering dan dinding vagina menipis. Keadaan ini mengakibatkan ketidakselesaan semasa seks.

Jangkitan pada bahagian vagina atau saluran kencing turut mengganggu rangsangan tisu-tisu vagina tehadap perangsang seks lalu menjejaskan hubungan seks. Penumpuan pada minda dan tubuh amat diperlukan semasa aktiviti seksual. Gangguan emosi akibat daripada kemurungan, tekanan, konflik, perasaan bersalah dan rendah diri ataupun perasaan risau mengenai prestasi seksual boleh menyebabkan atau memburukkan lagi masalah Disfungsi Erektil.

Selain itu, gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, pengambilan alkohol yang berlebihan , pil ‘rekreasi’ dan diet yang tinggi kandungan kolestrol turut mempengaruhi kualiti seks. Dengan jelas, masalah ketidakupayaan seks boleh berpunca dari segi fizikal atau psikologikal. Oleh itu, pengenalpastian tentang punca sebenar adalah penting bagi mendapatkan penyelesaian yang efektif.

Ramuan herba merupakan penyelesaian yang asas bagi masalah ketidakupayaan seks. Sejak dahulu lagi, herba telah digunakan untuk meningkatkan prestasi seksual dan tenaga batin serta mengurangkan kelesuan selepas melakukan hubungan seks. Kini, keberkesanan bagi sesetengah fomulasi herba dalam peningkatan kesihatan seks telah mendapat pengenalpastian daripada kajian saintifik.




++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Jangan biarkan masalah seks menghantui rumahtangga anda. 

POWER STRONG Herbal Coffee "Gerenti Pacak" boleh membantu anda!!!



Hubungi : 

Kuala Lumpur

Parlimen Bukit Bintang
014-220 9897

Parlimen Wangsa Maju
017-682 1454

Parlimen Cheras
013-373 3235


Selangor Darul Ehsan

Parlimen Ampang
012-232 7666


Kelantan

Parlimen Tumpat
014-220 9897


Perak

Parlimen Kampar
019-264 7030