Friday, 29 March 2013

Masalah Seksual


Masalah seksual adalah berkait rapat dengan kesihatan seksual. Kesihatan seksual adalah keupayaan lelaki dan wanita melakukan aktiviti seks dengan bertanggungjawab dan selamat.


Memang tidak dapat dinafikan, perhubungan seks yang tidak memuaskan akan mempengaruhi kualiti hidup pasangan.



Kehidupan hari ini yang sangat mencabar dan bergerak terlalu pantas sering menyebabkan ramai lelaki termasuk juga wanita berasa letih dan tidak bermaya. Keadaan ini menyebabkan bukan sahaja mereka seolah-olah kehilangan tenaga tetapi juga hilang selera makan. Malah lebih teruk lagi ia boleh mengganggu selera seksual. 

Apabila seseorang lelaki itu sering berasa letih, hilang selera makan, dorongan seksual yang menurun disertai hilangnya selera seksual, terganggu pula konsentrasinya, kemungkinan besar lelaki tersebut akan mengalami masalah dalam hubungan seksualnya. Ramai lelaki tidak percaya dengan perkara ini kerana mereka yakin bahawa kemampuan seksual mereka tidak terhenti walau pada usia berapa pun. 


Disfungsi Erektil

Masalah seks yang sering dialami oleh kaum lelaki adalah Disfungsi Erektil (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk. Disfungsi Erektil adalah ketidakupayaan untuk mengekalkan atau mengukuhkan ketegangan zakar sewaktu melakukan perhubungan seks. Disfungsi Erektil turut berkait dengan masalah lemah tenaga batin dan masalah pengeluaran air mani.


Lemah Syahwat

Bagi kaum wanita, masalah ketidakupayaan seks yang sering dialami ialah Lemah Syahwat. Lemah syahwat merujuk kepada minat yang berkurangan untuk melakukan hubungan seks.

Sesetengah lelaki berpendapat bahawa pengurangan Fungsi Erektil adalah biasa apabila umur meningkat. Pada halnya, punca-punca lain seperti tahap kesihatan yang lemah, pengambilan ubat-ubatan tertentu, faktor psikologi dan gaya hidup yang tidak sihat turut mengganggu fungsi erektil. Masalah kesihatan yang berkaitan dengan aliran darah yang lemah seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan kolestrol yang tinggi selalunya menjadi punca bagi masalah Disfungsi Erektil dan masalah Lemah Syahwat.

Namun begitu, masalah kesihatan bukan satu-satunya punca bagi masalah ketidakupayaan seks. Seringkali, pengambilan ubat-ubatan tertentu yang menjadi punca sebenarnya. Bagi kaum lelaki, prostatektomi atau pembedahan prostat boleh mencederakan saraf dan arteri pada zakar lalu menjejaskan kualiti ereksi. Manakala bagi kaum wanita, menopaus, iaitu keadaan di mana ovari tidak lagi mengeluarkan hormon estrogen menyebabkan vagina menjadi kering dan dinding vagina menipis. Keadaan ini mengakibatkan ketidakselesaan semasa seks.

Jangkitan pada bahagian vagina atau saluran kencing turut mengganggu rangsangan tisu-tisu vagina tehadap perangsang seks lalu menjejaskan hubungan seks. Penumpuan pada minda dan tubuh amat diperlukan semasa aktiviti seksual. Gangguan emosi akibat daripada kemurungan, tekanan, konflik, perasaan bersalah dan rendah diri ataupun perasaan risau mengenai prestasi seksual boleh menyebabkan atau memburukkan lagi masalah Disfungsi Erektil.

Selain itu, gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, pengambilan alkohol yang berlebihan , pil ‘rekreasi’ dan diet yang tinggi kandungan kolestrol turut mempengaruhi kualiti seks. Dengan jelas, masalah ketidakupayaan seks boleh berpunca dari segi fizikal atau psikologikal. Oleh itu, pengenalpastian tentang punca sebenar adalah penting bagi mendapatkan penyelesaian yang efektif.

Ramuan herba merupakan penyelesaian yang asas bagi masalah ketidakupayaan seks. Sejak dahulu lagi, herba telah digunakan untuk meningkatkan prestasi seksual dan tenaga batin serta mengurangkan kelesuan selepas melakukan hubungan seks. Kini, keberkesanan bagi sesetengah fomulasi herba dalam peningkatan kesihatan seks telah mendapat pengenalpastian daripada kajian saintifik.




++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Jangan biarkan masalah seks menghantui rumahtangga anda. 

POWER STRONG Herbal Coffee "Gerenti Pacak" boleh membantu anda!!!



Hubungi : 

Kuala Lumpur

Parlimen Bukit Bintang
014-220 9897

Parlimen Wangsa Maju
017-682 1454

Parlimen Cheras
013-373 3235


Selangor Darul Ehsan

Parlimen Ampang
012-232 7666


Kelantan

Parlimen Tumpat
014-220 9897


Perak

Parlimen Kampar
019-264 7030

Tuesday, 19 March 2013

DROPSHIP => JUAL PRODUK TANPA PERLU SIMPAN/BELI STOK



Salam dari POWER STRONG Herbal Coffee

Tuan/Puan dipelawa utk memasarkan POWER STRONG Herbal Coffee melalui website/blog anda, tanpa perlu beli/simpan produk (dropship).

Anda cuma perlu :
  1. Jual/Pamer produk dan maklumatnya di web/blog/facebook/laman web sosial anda
  2. Pembeli bayar Harga Jualan kpd anda. Kadar keuntungan yang anda perolehi adalah 10%
  3. Anda bayar Harga Belian kpd kami
  4. Anda bayar mengikut  harga dropshipper yang kami offer (tambah postage sekiranya ada). Harga Jualan, anda boleh tentukan sendiri berdasarkan harga pasaran.
  5. Penghantaran produk akan dilakukan oleh pihak kami kpd pelanggan anda.
  6. Tidak perlu maintain. TIADA YURAN KEAHLIAN. Buat pesanan barang selepas pembeli anda membuat bayaran
  7. Setiap kali pesanan anda mesti maklumkan :

Agen Dropshipper (Anda) :
Nama :
Alamat :
No. HP :

Pembeli Anda
Nama :
Alamat :
No. HP :
Nama Produk :
Kuantiti Produk :
Jumlah Bayaran :
Nama Bank :
Tarikh & Masa :


Kelebihan Dropshipper :
  1. Tidak perlu modal besar
  2. Tidak perlu menyimpan stock barang. Buat pesanan bila pembeli anda telah membuat bayaran
  3. Tidak perlu risau dengan masalah barang yang rosak kerana lama tersimpan/tidak laku
  4. Tidak perlu melakukan aktiviti ‘packing’ dan menghantar produk yang anda jual kepada pelanggan kerana semuanya kami yang melakukannya.


Kepada yang berminat, boleh SMS ke :  017-8366 856

Sunday, 17 March 2013

Masalah Seksual di Malaysia


Isteri adalah amanah yang harus dijaga dengan sempurna. 

Jangan biarkan isteri anda memendam perasaan diatas keTIDAKHEBATAN anda!!






Gangguan Kesihatan Seksual Jejas Keintiman



“TIDAK malam ini sayang. Saya pening kepala.” Mungkin ungkapan ini biasa kita ucapkan sebagai seorang isteri. Bagaimana jika ucapan yang sama keluar dari mulut lelaki, yang baru kehilangan perasaan keintiman ini. 


Mungkin kita terfikir keletihan atau tekanan menjadi faktor penyebab kelembapan rangsangan seksual mereka.



Namun, ia sebenarnya turut dikaitkan dengan faktor kesihatan, emosi dan gaya hidup seseorang yang amat berkait rapat dengan kesihatan seksual.

Berbanding topik penjagaan kesihatan lain seperti amalan gaya hidup sihat, senaman dan pemakanan seimbang, topik ini amat jarang diperkatakan.

Selain kurang kesedaran mengenainya, rasa malu dan ego lelaki menjadi penyebab kenapa topik tersebut tidak dibincangkan.

Apa itu kesihatan seksual dan bagaimana ia dikaitkan dengan kesejahteraan fizikal?

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan seksual ialah kesejahteraan fizikal, emosional, mental dan sosial yang berkaitan dengan seksualiti, ia bukan sahaja berkaitan penyakit, disfungsi atau kelemahan.

Ia turut merujuk bahawa kesihatan seksual memerlukan pendekatan positif, menghormati hubungan seksual dan seksualiti individu yang memberangsangkan, tanpa paksaan, diskriminasi dan keganasan. 

Untuk menegakkan kesihatan seksual individu, hak asasi seksual semua individu perlu dihormati, dikawal dan dipenuhi.

Oleh itu secara ringkasnya, kesihatan seksual ialah perkara penting dalam kesejahteraan individu perkara yang dapat membantu mengukuhkan hubungan silaturahim antara individu dan keluarga.

Membincangkan perkara sama, Pakar Sakit Tuan, Dr. Ismail Tamby berkata, selain kaum ibu, kaum bapa berperanan penting untuk turut sama dalam memastikan kesejahteraan seisi keluarga.

Jika sebelum menjaga kesejahteraan keluarga hanya dikaitkan dengan ibu atau isteri, golongan bapa atau lelaki juga perlu lebih aktif dalam memartabatkan keluarga.

Ini termasuklah mengambil berat tentang kesihatan kendiri mereka, terutama sekali tentang kesihatan seksual.

Menerangkan lebih lanjut beliau berkata, terdapat tiga faktor utama yang menjejaskan kesihatan seksual seseorang iaitu faktor kesihatan, faktor psikologi dan faktor gaya hidup.

Antara masalah kesihatan yang sering dikaitkan ialah tekanan darah tinggi, penyakit jantung, kesihatan prostat, kencing manis dan kecederaan saraf tunjang.


Faktor psikologi

Sementara faktor psikologi pula dikaitkan dengan kemurungan, kurang kesejahteraan emosi, tekanan, kurang keyakinan diri terhadap seks dan kurang pendidikan seks.

Pakar psikologi percaya antara 10 hingga 20 peratus daripada kes disfungsi erektil (ED) disebabkan faktor psikologi. 

Ini tidak bermakna seseorang itu hilang akal, sebaliknya kata Ismail, ia lebih kepada kesejahteraan emosi yang terganggu akibat perkara yang menekan kehidupan yang secara langsung memberi kesan kepada kesihatan seksual.

Memberi contoh pesakit yang murung, ED yang dialami juga mungkin akibat daripada masalah psikologi atau fizikal atau kedua-duanya.

Bagi kebanyakan lelaki katanya, ED menambahkan lagi kemurungan sehingga boleh menyebabkan kehilangan keyakinan diri, rendah diri, resah dan tekanan antara mereka dan pasangan.

Kesemua gangguan emosi yang turut menjejaskan kesejahteraan emosi itu boleh menyebabkan masalah fizikal yang mendorong kepada kegagalan untuk mencapai ereksi.

‘‘Seks bukan sahaja permainan fizikal, tetapi ia juga memerlukan penghayatan emosi.

‘‘Ia sama seperti perasaan gembira yang mudah merangsangkan naluri seks seseorang, perasaan sebaliknya memberi kesan yang sebaliknya. Perasaan resah, takut, sedih dan benci merupakan perasaan negatif yang boleh mendorong seseorang itu mengalami impotensi akibat tekanan psikologi dalam putaran hidupnya,’’ ujarnya.

Beliau berkata, perasaan takut kepada impotensi sudah mencukupi untuk menyebabkan masalah itu berlaku. Apabila masalah itu berlaku, takut kepada kegagalan akan menambahkan lagi perasaan risau dan ini akan menambahkan tekanan kepada masalah asal iaitu impotensi.

Sementara stres yang merupakan tekanan atau paksaan juga boleh mengakibatkan gangguan emosi atau fizikal kepada seseorang. 

‘‘Stres keterlaluan adalah tidak sihat. Pening kepala, mata berpusing, cengkaman otot, sakit dada, berpeluh dan kurang daya seks merupakan sebahagian simpton-simpton yang akan dialami mereka yang stres.

‘‘Stres dan seks tidak boleh dicampur kerana ia boleh menganggu perasaan syahwat dan keintiman,’’ ujarnya.

Sementara faktor gaya hidup yang tidak sihat turut menyumbang kepad masalah seks seperti merokok, meminum minuman keras dan sebagainya.

Amalan seperti merokok katanya, bukan sahaja boleh menyebabkan kanser tetapi turut menjejaskan perjalanan darah serta mengganggu pencapaian ereksi.

Ditanya mengenai gejala-gejala gangguan kesihatan seksual, beliau turut menyenaraikan beberapa gejala berkaitan.

Antaranya, ED iaitu merupakan kegagalan seseorang untuk mencapai ereksi yang mencukupi bagi tujuan hubungan seksual dan disebabkan masalah kesihatan yang telah disebutkan sebelum ini.

Walaupun penyakit tersebut tidak menyebabkan ED secara langsung, pendekatan rawatannya boleh menganggu perjalanan darah ke zakar dan mengganggu pencapaian ereksi yang mencukupi.

Kehilangan nafsu syahwat juga boleh menghalang seseorang daripada penghayatan optimum kesihatan seksual. Walaupun perkara ini dikaitkan kepada mereka yang berusia, ia juga boleh berlaku kepada pasangan muda juga akibat tekanan psikologi atau sebab psikologi.

‘‘Kehilangan nafsu syahwat dikaitkan dengan penurunan tahap hormon testosterone dan masalah psikologi seperti keresahan dan kemurungan, penyakit kesihatan mental dan masalah berkaitan dengan hubungan,’’ tegasnya lagi.

Beliau turut menjelaskan, walaupun ketegangan zakar berlaku, fungsi seksual juga boleh tergendala akibat masalah fizikal.


Priapisme

Priapisme ialah ereksi yang kekal dan menyakitkan yang boleh berlaku lama dari beberapa jam ke beberapa hari. Ereksi akibat priaprisme tiada kaitan dengan aktiviti seksual dan tidak lega selepas klimaks. Ia berlaku apabila darah yang memasuki zakar tidak dapat keluar dengan baik.

Perkara ini sering berlaku apabila lelaki yang mengalamai lemah tenaga batin makan ‘ubat kuat’ yang kebetulan mengandungi kimia larangan seperti ‘viagra’ dalam kandungan yang tinggi atau viagra ‘kasar’.

Jadi mustahak katanya, lelaki yang mempunyai masalah lemah tenaga batin perlu berjumpa doktor dan bukannya mencuba ubat-ubatan yang kini terlalu banyak di pasaran.

Beliau juga tidak menafikan gangguan kesihatan seksual juga dikatakan punca berlakunya perbalahan dalam hubungan. Kekurangan aktiviti seksual dalam hubungan atau perkahwinan mampu menyebabkan pasangan semakin renggang dan menjauhkan diri antara satu sama lain.

Keadaan ini akan menambahkan lagi kepada masalah sedia ada antara mereka.

Turut dikaitkan ialah perasaan kurang keyakinan diri, perasaan kebuntuan dan hilang arah hidup yang secara tidak langsung boleh mengakibatkan masalah lebih serius.

Lelaki yang cuba menaikkan nafsu syahwat mereka dengan pengunaan ubat yang tidak diiktiraf boleh hilang daya kawalan dan seterusnya mencetuskan perlakuan jenayah seksual seperti penderaan seksual, rogol dan sumbang mahram.

Ismail berkata, dalam menangani masalah seksual, seseorang perlu mengenal pasti punca serta gejala-gejalanya dan kemudiannya memainkan peranan dalam cara-cara mengatasinya dengan nasihat pakar.

Beliau turut menasihatkan sekiranya seseorang itu menghadapi masalah berkaitan kehidupan tetapi tidak tahu kepada siapa harus dirujuk, berbincang dengan doktor merupakan langkah paling baik.

Katanya, selagi seseorang itu tidak bersikap terbuka utnuk berbincang mengenai masalah yang dihadapi, tidak mungkin jalan penyelesaian dapat ditemui.


Faktor penyebab gangguan kesihatan seksual
  • Faktor kesihatan - tekanan darah tinggi, penyakit jantung, kesihatan prostat, kencing manis, kecederaan saraf tunjang
  • Faktor psikologi - kemurungan, kurang kesejahteraan emosi, tekanan, kurang keyakinan diri, kurang keyakinan diri tentang seks, kurang pendidikan seks.
  • Faktor gaya hidup - masih mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti merokok, minum minuman keras dan sebagainya.

Gejala-gejala
  • Disfungsi erektil (ED)
  • Kehilangan nafsu syahwat
  • Priapisme 
  • Perbalahan dalam hubungan dan wujud perasaan kurang keyakinan diri
  • Perasaan buntu atau kecewa

Bagaimana mengatasinya
  • Rawatan perubatan
  • Terapi dan kaunseling
  • Komunikasi
  • Perubahan gaya hidup
  • Menyelami perasaan dalam hati



STOKIS PARLIMEN DIPERLUKAN


Kami mencari mereka yang berminat untuk menjadi STOKIS PARLIMEN bagi memasarkan POWER STRONG HERBAL COFFEE


Syarat Stokis Parlimen 


Harga Pasaran : RM128.00 (8 sachet/kotak)

Stokis Parlimen : 30 kotak - 40%

Modal : RM2300.00

* Kos penghantaran PERCUMA!!



(Promosi 30 kotak untuk Stokis Parlimen sah sehingga 15 April 2013. Selepas tarikh tersebut, had minima Stokis Parlimen akan dinaikkan ke 50 kotak)


Hubungi : 017-836 6856

Saturday, 16 March 2013

Tribulus Terrestris



Fungsi Tribulus Terrestris

Herba Tribulus Terrestris atau dipanggil “puncture vine” ialah tumbuhan yang telah lama dipraktikkan oleh masyarakat di seluruh dunia untuk merawat pelbagai penyakit. Tribulus Terrestris secara popularnya didakwa berfungsi untuk memperbaiki seksual manusia. Di Eropah, herba Tribulus Terrestris telah digunakan dalam perubatan. Dalam sejarah Greek, ianya digunakan secara meluas untuk mengubati keadaan seperti sakit kepala, gangguan saraf, sembelit dan disfungsi seksual. Di China dan India pula, Tribulus Terrestris digunakan untuk penawar hati, buah pinggang, urinari dan kardiovaskular.

Tribulus Terrestris tumbuh secara semulajadi di banyak tempat di dunia termasuk Amerika, Australia, Eropah, Timur Tengah dan Afrika. Tribulus Terrestris didapati sebagai lalang beracun yang banyak dijumpai di tepi-tepi jalan dan tanah lapang yang mana benihnya tajam dan berasa sakit apabila dipijak. Daun Tribulus Terrestris beracun kepada binatang ternakan terutamatanya kambing biri-biri apabila dimakan setiap hari dalam kuantiti yang banyak. Buah Tribulus Terrestris adalah bahagian yang paling kerap digunakan dalam perubatan tradisional. Kandungan bahan yang berbeza dalam Tribulus Terrestris bergantung kepada di mana tempat di dunia ianya tumbuh.

Sama seperti herba Cordyceps, Tribulus Terrestris digunakan untuk menguatkan kesihatan fungsi libido (keinginan nafsu syahwat) dalam kadar normal, menguatkan otot dan untuk kesihatan secara menyeluruh. Disebabkan kelebihannya, para atlet telah menggunakan ekstrak Tribulus Terrestris sebagai diet tambahan untuk meningkatkan tenaga, membekalkan kesihatan fungsi hormon, meningkatkan pergerakan otot dan memberikan tenaga kepada atlet semasa sesi latihan. Kajian klinikal Tribulus Terrestris juga menunjukkan herba ini mampu menambah kesihatan tekanan darah dan kadar kolesterol dalam kadar yang normal.

Nilai khasiat Tribulus Terrestris yang tinggi telah membawa banyak kebaikan dalam bidang perubatan tradisional dan moden. Antara kegunaan dan kebaikan Tribulus Terrestris adalah:

  • Sebagai diuretik yang tidak miang dan urinari antiseptik. Digunakan untuk disurea, sakit batu karang dan kencing tidak lawas.
  • Digunakan dalam pelbagai formula herba untuk mengubati sakit kepala, masalah mata seperti gatal-gatal, konjunktivitis (radang pada membran mata), lemah penglihatan dan kegelisahan. Ianya digunakan untuk mengubati darah tinggi dan sakit tulang rusuk.
  • Kesan hormon pengimbang dalam Tribulus Terrestris untuk wanita ialah herba ini sesuai untuk sindrom premenstrual dan sindrom menopausal.
  • Mengandungi sterols seperti betasitosterol atau stigma. Bahan ini melindungi prostat daripada membengkak dan dalam kombinasi dengan X steroidal saponins, melindungi prostat daripada kanser.
  • Digunakan dalam kes mati pucuk dan spermaturia kerana ianya membantu untuk meningkatkan luteinising hormone(LH) memperbaiki pensistensisan hormon testikular seks lelaki. Jadi, ianya merupakan pembangkit syahwat secara semulajadi.
  • Kegunaan tradisional Tribulus Trerrestris telah ditemui efektif dalam gout.


Lemah Tenaga Batin Punca 3 Kali Isteri Lari


Masalah lemah tenaga batin :



  1. Sukar ereksi pada waktu subuh/pagi.
  2. Mengidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.
  3. Kurang bernafsu pada isteri.
  4. Kerap pancut awal ketika berjimak.
  5. Zakar kurang ereksi semasa berjimak.


Tuesday, 12 March 2013

TONGKAT ALI



Tongkat Ali adalah sejenis herba yang tidak asing lagi kepada pengamal perubatan tradisional di rantau ini (Asia Tenggara) sejak turun-temurun. Di Indonesia pokok ini dikenali dengan nama Pasak Bumi. Di Vietnam pokok ini dikenali dengan nama Cay ba binh yang bermaksud ‘tumbuhan penyembuh 100 jenis penyakit’. Memang tepat dengan panggilan yang diberikan kepada pokok ini kerana Tongkat Ali terbukti berhasiat untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Nama saintifiknya ialah Eurycoma Longifolia Jack. Di kalangan masyarakat kita, apabila sahaja disebut Tongkat Ali ramai yang mengaitkan dengan masalah keupayaan seksual lelaki.

Rupa pokok Tongkat Ali hampir sama dengan pokok sentang. Batangnya lurus tegak, daunnya berpelepah dan sifat yang sangat ketara ialah akar tunjangnya besar dan lurus. Pokok yang berumur 10 -15 tahun, panjang akar tunjangnya boleh mencapai antara 6 - 9 kaki dan biasanya tidak mempunyai akar cabang. Mungkin itulah sebabnya maka pokok ini diberi nama Pasak Bumi. Tongkat Ali tumbuh secara semulajadi di hutan tropika yang berbukit bukau di negara-negara Asia Tenggara meliputi negara Myanmar, Thailand, Vietnam, Malaysia, kepulauan Borneo dan Indonesia. Dalam keadaan habitat asalnya pokok Tongkat Ali dikatakan lambat membesar. Untuk mencapai peringkat matang (berbunga) pertumbuhannya mengambil masa selama 10 -15 tahun. Bagi pokok yang ditanam di ladang peringkat matangnya adalah lebih awal iaitu antara 5 - 7 tahun.


Dalam amalan perubatan secara tradisional hanya bahagian akar pokok Tongkat Ali sahaja yang digunakan. Akar yang dicabut akan dipotong nipis kemudian dikeringkan beberapa hari sebelum digunakan. Mengikut amalan tradisional, akar Tongkat Ali yang telah cukup kering direbus dengan tiga cawan air sehingga menjadi satu cawan. Cara ini adalah amalan biasa yang digunakan oleh pengamal perubatan tradisional untuk mendapatkan pati herba. Air rebusan Tongkat Ali ini diminum dua kali sehari, sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam.

Tongkat Ali mempunyai pelbagai hasiat untuk penjagaan kesihatan badan.

Khasiat utama akar Tongkat Ali ialah untuk kekuatan tenaga batin lelaki serta perempuan yang ada kaitan dengan meningkatkan keinginan seks. Banyak kajian yang dilakukan oleh pakar perubatan dan ahli penyelidik luar dan tempatan berhubung dengan perkara ini. Dr. Bakti Nitisastro Taufik B.A dari Ka Puskesmas T.N Kodya Tanjung Balai, Indonesia membuat penyelidikan mendapati Tongkat Ali baik untuk kekuatan tenaga batin lelaki dan perempuan. Kajian kesan pengambilan akar Tongkat Ali secara berterusan mendapati pengamal mempunyai perjalanan darah yang lancar dan tidak menghadapi sakit urat saraf serta mempunyai daya tenaga badan yang luar biasa.

Seorang penyelidik dari Jabatan Farmasi USM 
Dr. Ang Hooi Hoon juga memberi kenyataan pengambilan air akar Tongkat Ali boleh meningkatan keinginan seks, prestasi dan ketahanan. Kenyataan beliau telah disokong oleh hasil kaji selidik Dr. Johari Mohammad Said dan Noraniza bt. Aminuddin dari Universiti Malaya terhadap beberapa orang sukarelaan lelaki bahawa selepas mengambil Tongkat Ali selama seminggu, arastiter testosteron lelaki boleh meningkat hampir 480%. Testosteron adaiah sejenis hormon yang diperlukan untuk merangsang keinginan seks.
Dalam satu lagi kajian yang dibuat oleh Dr. Johari Mohammad dan Noraniza Aminuddin mendapati Tongkat Ali juga mampu menentukan jantina dan meningkatkan kesuburan sperma. Kajian dibuat dengan menyuntik 3 ekor tikus jantan dengan ekstrak Tongkat Ali dan 3 ekor tikus jantan lain tidak disuntik. Tikus-tikus jantan ini dimasukkan dalam sangkar berasingan dengan pasangan masing-masing. Daripada pemerhatian didapati 3 ekor tikus jantan yang disuntik ekstrak Tongkat Ali lebih kerap melakukan aktiviti seks berbanding dengan 3 ekor tikus jantan yang tidak disuntik. Kajian juga mendapati pasangan tikus-tikus jantan yang disuntik telah mengandung. Daripada pembedahan yang dilakukan ke atas tikus-tikus betina tersebut didapati benih-benih yang telah disenyawakan (sperma) terdiri daripada 90% sperma jantan.

Anti malaria
Sejak awal tahun.tujuh puluhan, beberapa pusat penyelidikan perubatan telah mencari -penawar anti malaria plasmodium falciparum iaitu satu daripada empat jenis demam malaria yang telah dikenal pasti. Malaria plasmodium falciparum sangat merbahaya sehingga boleh membawa maut. Tidak seperti malaria lain, plasmodium tidak boleh dirawat dengan menggunakan Choloquire iaitu ubat anti malaria yang biasa ; digunakan ( Miller er. - al. 1986). Pada tahun 1997 sekumpulan penyelidik perubatan Dr. Gimlettle dan Thomson telah berjaya membuktikan Tongkat Ali boleh menawar semua jenis demam malaria termasuklah malaria plasmodium.

MACA




Info MACA


MACA adalah sejenis ubi yang tumbuh pada 12,500-14,000 kaki dari aras laut di atas Banjaran Gunung Andes Plateaux, Peru. Maca telah ditemui oleh seorang doktor wanita, iaitu Dr. Chacon. Maca adalah satu-satunya tumbuhan yang boleh hidup pada ketinggian tersebut berikutan keadaan suhu yang terlampau : terlalu panas pada waktu siang dan terlalu sejuk pada waktu malam. Tanah tempat tumbuhnya Maca mempunyai kandungan garam galian yang tinggi menjadikan tumbuhan Maca kaya dengan khasiat nutrisi, keperluan asid amino dan asid lemak penting.


Tumbuhan Maca ini tergolong dalam spesis kentang. Warna kulitnya seakan-akan sama seperti kentang, tetapi bentuknya seperti lobak besar. Maca mempunyai rasa manis. Di Peru, Maca digunakan dalam pelbagai cara : mentah, dibakar atau dikeringkan. Masyarakat Peru membuat biskut, tart, emping dan minuman menggunakan Maca. Di Eropah dan Amerika Utara, Maca lebih dikenali dalam bentuk kering, kapsul atau gelatin. Akar Maca boleh dikeringkan dan diproses, di mana ia boleh disimpan selama beberapa tahun lamanya.





Adakah MACA Sejenis Ubat?


Maca bukan sejenis ubat. Maca merupakan makanan bernutrisi yang berkhasiat tinggi dengan ciri-ciri perubatan. Masyarakat populasi tempatan telah menggunakan tumbuhan ini sejak beribu tahun. Sehingga ke hari ini, masyarakat Peru menggunakan Maca sebagai sumber tenaga sepertimana negara-negara lain di Amerika Utara, Amerika Selatan dan Eropah. Maca lebih dikenali sebagai “Peruvian Viagra” atau “Peruvian Ginseng” kerana ia membantu meransang libido (tenaga seksual) lelaki dan wanita. Walaubagaimanapun Maca mempunyai banyak khasiat lainnya. Maca merupakan 100% produk semulajadi yang tidak mempuyai kesan sampingan negatif.


MACA vs Viagra

Untuk lelaki dan wanita, Maca digunakan sebagai makanan tambahan yang bersifat semulajadi, menyegarkan dan meransang libido (tenaga seksual). Oleh sebab itu, tumbuhan ini mempunyai gelaran “Peruvian Viagra” atau “Peruvian Ginseng”. Sejak Viagra diperkenalkan, banyak produk keluaran lain yang turut menembusi pasaran. Kesemuanya bertujuan untuk meningkatkan keupayaan seks. Tidak kurang juga ada di antara produk-produk ini yang kekurangan bukti saintifik terhadap keberkesanannya. Walaubagaimanapun, Maca mempunyai bukti saintifik yang kukuh terhadap kaedah penggunaan dan keberkesanannya. Orang ramai sering memanggil Maca sebagai Peruvian Ginseng atau Viagra Semulajadi.